01
Jawatankuasa Hal Ehwal Korporat dan Kewangan (JHKK)
Objektif utama Jawatankuasa adalah untuk membantu Lembaga dalam perkara yang berikut:
- menunaikan tanggungjawabnya kepada ahli serta membangunkan dan mengesyorkan kepada Lembaga suatu set prinsip tadbir urus korporat;
- mengkaji perkembangan semasa dan amalan terbaik dalam tadbir urus korporat untuk menerima pakai amalan yang sesuai;
- menunaikan tanggungjawab yang berkaitan dengan amalan perakaunan dan pelaporan; dan
- mengawasi strategi pengurusan risiko kewangan, dasar dan perkara perbendaharaan yang diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.
