Status Sijil Pendaftaran Bagi Tahun 2024
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Untuk makluman, bermula tahun 2024, penyerahan sijil Perakuan Pendaftaran secara hardcopy melalui kurier akan dimansuhkan. Semua sijil pendaftaran akan diserahkan kepada ahli dalam bentuk softcopy yang boleh dimuat turun sendiri oleh setiap ahli yang berdaftar.
Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) telah menyediakan Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023, selaras dengan fungsi BoG seperti termaktub di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]. Dokumen yang disediakan ini telah melalui proses libat urus bersama agensi kerajaan, pemain industri, Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Ahli Geologi Berdaftar.
Notis Pembaharuan Pendaftaran Bagi Tahun 2024
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Notis ini adalah makluman bahawa kesemua Sijil Pendaftaran bagi tahun 2023 akan tamat tempoh pada 31 Disember 2023 sesuai dengan Seksyen 20, Akta Ahli Geologi 2008. Pendaftaran bagi tahun 2024 boleh diperbaharui dengan melengkapkan Fi Pembaharuan Pendaftaran, dikemukakan bersama Borang F dan Lampiran C. Fi Pembaharuan Pendaftaran tersebut boleh dilengkapkan bermula pada 15 November 2023 sehingga 31 Januari 2024. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai atau internet perbankan/CDM/arahan wang/draf bank/cek dibayar kepada
Notis Pelaksanaan Peperiksaan Penilaian Profesional Lembaga Ahli Geologi Malaysia
Di bawah Akta 689, Seksyen 4 (1)(h) iaitu menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion geologi, pihak Lembaga Ahli Geologi mengambil keputusan untuk menjalankan penilaian profesional untuk melayakkan ahli berdaftar sebagai ahli geologi professional (P.Geol.)
Siri kedua peperiksaan bagi tahun 2023 ini akan berlangsung pada 14 DISEMBER 2023 secara atas talian dengan menggunakan peranti sendiri di premis masing-masing. Bagi siri kedua peperiksaan ini, tumpuan akan diberikan kepada ahli berdaftar yang mempunyai 7 tahun pengalaman praktikal, termasuk ahli di Sabah dan Sarawak.
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023-2027
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (LAGM) sebagai badan berkanun yang bertanggungjawab sebagai pengawalselia kelakuan dan etika profesional profesion geologi, amat menitikberatkan kepentingan integriti dalam kalangan ahli geologi di negara ini. Integriti yang baik juga penting bagi memastikan pengurusan LAGM bebas daripada peluang untuk salahlaku yang boleh memberi kesan negatif kepada LAGM dalam melaksanakan tugas berdasarkan fungsi – fungsi yang termaktub di dalam Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689].