Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) telah menyediakan Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023, selaras dengan fungsi BoG seperti termaktub di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]. Dokumen yang disediakan ini telah melalui proses libat urus bersama agensi kerajaan, pemain industri, Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Ahli Geologi Berdaftar.

Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023 telah mendapat kelulusan YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada 14 November 2023 sebagaimana surat No. Rujukan: KETSA(S)604-3/1/9 Jld. 3 (49).

Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023 ini boleh digunapakai oleh Ahli Geologi Berdaftar dan Pengamal Berdaftar sebagai rujukan dalam menetapkan harga bagi perkhidmatan geologi yang diberikan. Pihak-pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan geologi juga boleh merujuk dokumen ini dalam membincangkan kos yang dikenakan oleh Ahli Geologi Berdaftar dan Pengamal Berdaftar.

Dokumen Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023 boleh didapati melalui pautan di bawah.

pdfSkala_Fi_BOG_-_Final_Ver._2023.pdf625.72 KB