IMG 00001

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Bencana alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), UMS akan menganjurkan Seminar Bencana Alam 2022 (SBA 2022) pada 24-26 Ogos 2022 untuk kali yang ke-6 secara maya. Tema seminar pada kali ini adalah “Memperkasakan Kedayatahanan Bencana Alam Terhadap Perubahan Iklim dan Era Pasca Covid-19”.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak tuan. Bersama dengan ini dilampirkan poster hebahan SBA 2022 untuk rujukan. Sebarang pertanyaan berkenaan seminar boleh berhubung dengan Setiausaha SBA 2022, Pn. Eldawaty Madran di emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau layari ums.edu.my/fssa/ndrc/sba2022.