DSCF1925

Pada 23 Jun 2022, Lembaga Ahli Geologi Malaysia dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Ahli Geologi Malaysia (LAGM) ke – 32 Bil. 2/2022 bertempat di Palm Garden Hotel Putrajaya.

Pada mesyuarat kali ini, satu pembentangan khas telah diadakan berkenaan Malaysian Mineral Resources and Reserve Reporting Code (MMRC) oleh Encik Yip Foo Weng, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Mineral IGM. Encik Yip Foo Weng menerangkan kepentingan dan bagaimana MMRC dapat memberi sumbangan kepada ahli geologi profesional di Malaysia. Encik Yip juga menerangkan bagaimana Lembaga Ahli Geologi dapat memainkan peranan dalam penyediaan MMRC. Ahli Lembaga juga melontarkan idea dan berbincang bersama Encik Yip setelah selesai sesi pembentangan MMRC.

Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira selaku Pengerusi Jawatankuasa juga membentangkan hasil dapatan Jawatankuasa Pelan Strategik 2040. Satu Sesi Perundingan Penggubalan Pelan Strategi 2040 telah diadakan pada 16 Jun 2022 secara maya dimana wakil-wakil industri dan ahli-ahli geologi berdaftar telah dijemput untuk memberi pembentangan dan input kepada Jawatankuasa Pelan Strategik 2040. Sesi tersebut mendapat sambutan baik dengan lebih 100 ahli jemputan dapat hadir secara maya dan memberikan input-input yang diperlukan oleh Jawatankuasa untuk merangka Pelan Strategik 2040.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dan tarikh untuk mesyuarat seterusnya ditetapkan pada 22 September 2022.