Sambutan ini bertujuan memperkukuh integriti profesional geologi melalui peluncuran Garis Panduan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Inspektor Lembaga Ahli Geologi Malaysia, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan dan pengurusan risiko bencana geologi negara.
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) ditubuhkan pada November 2014 di bawah Akta Ahli Geologi 2008 (Akta 689) bagi mengawal selia amalan profesion geologi di Malaysia. Lembaga ini bertanggungjawab mengurus pendaftaran ahli geologi, menetapkan piawaian profesional serta memastikan amalan geologi dilaksanakan secara beretika dan mematuhi undang-undang negara.
Majlis perasmian rasmi sambutan Hari Ahli Geologi Peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan komuniti profesional geologi, agensi kerajaan, industri serta institusi akademik.
Standard rasmi penyiasatan dan penguatkuasaan profesional geologi negara.
Pelantikan rasmi inspektor bagi memperkukuh penguatkuasaan di bawah Akta Ahli Geologi 2008 (Akta 689).
Platform perkongsian ilmu dan jaringan industri geosains.
Penyertaan reruai adalah dipelawa kepada agensi, institusi dan syarikat sebagai platform untuk mempamerkan kepakaran, perkhidmatan serta inovasi dalam bidang geologi dan berkaitan kepada komuniti profesional dan industri.
Garis Panduan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Inspektor Lembaga Ahli Geologi Malaysia merupakan dokumen rasmi yang memperincikan prosedur penyiasatan, pematuhan serta penguatkuasaan di bawah Akta Ahli Geologi 2008 (Akta 689). Dokumen ini akan dilancarkan secara rasmi sempena Sambutan Hari Ahli Geologi Peringkat Kebangsaan 2026.
Ahli geologi yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG)
Pemegang taruh berkaitan sumber asli dan geosains.
Institusi pendidikan dan komuniti penyelidikan geologi.
hag2026@bog.gov.my
03-88618436 /
012-7517014
Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.00 petang)