Majlis Peluncuran Pelan Strategik Lembaga Ahli Geologi 2023-2040
Menyedari tentang pentingnya pelan strategik bagi sesebuah organisasi, Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan Pelan Strategik BoG 2023-2040 melalui gabungan pendekatan perancangan senario dan perancangan strategik.
Pelan Strategik BoG 2023-2040 ini berjaya diluncurkan oleh Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Pengerusi BoG, Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli dalam Perhimpunan Bulanan NRES bertempat di Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya pada 14 Mac 2024.
Lembaga Ahli Geologi Penggal Ke-4 (2023-2026)
Lembaga Ahli Geologi Malaysia merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Anggota Lembaga, Lembaga Ahli Geologi Penggal Ke-4 (2023-2026) berkuatkuasa 1 Disember 2023.
PELANTIKAN INSPEKTOR LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA DI BAWAH AKTA AHLI GEOLOGI 2008 [AKTA 689]
Selaras dengan peruntukan Seksyen 37, Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689], YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melantik Inspektor Lembaga Ahli Geologi Malaysia. Lembaga berharap Inspektor yang telah dilantik akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam usaha Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) melaksanakan fungsinya sebagai penyelia profesion geologi di Malaysia dan seterusnya menerajui bidang geologi di peringkat antarabangsa.
Status Sijil Pendaftaran Bagi Tahun 2024
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Untuk makluman, bermula tahun 2024, penyerahan sijil Perakuan Pendaftaran secara hardcopy melalui kurier akan dimansuhkan. Semua sijil pendaftaran akan diserahkan kepada ahli dalam bentuk softcopy yang boleh dimuat turun sendiri oleh setiap ahli yang berdaftar.
Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) telah menyediakan Skala Fi Minimum Perkhidmatan Geologi 2023, selaras dengan fungsi BoG seperti termaktub di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]. Dokumen yang disediakan ini telah melalui proses libat urus bersama agensi kerajaan, pemain industri, Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Ahli Geologi Berdaftar.
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023-2027
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (LAGM) sebagai badan berkanun yang bertanggungjawab sebagai pengawalselia kelakuan dan etika profesional profesion geologi, amat menitikberatkan kepentingan integriti dalam kalangan ahli geologi di negara ini. Integriti yang baik juga penting bagi memastikan pengurusan LAGM bebas daripada peluang untuk salahlaku yang boleh memberi kesan negatif kepada LAGM dalam melaksanakan tugas berdasarkan fungsi – fungsi yang termaktub di dalam Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689].