Notis Mata Cpd Bagi Ahli Yang Bergiat Dalam Industri Minyak Dan Gas
Sesi perbincangan khas akan diadakan bagi menyelaras kaedah memperaku mata CPD bagi aktiviti berbentuk kursus dalaman (in-house training) bersama wakil-wakil dari bidang minyak dan gas.
Sebagai permulaan, bagi ahli yang bergiat dalam industri ini, mereka hendaklah mengemukakan Lampiran C berserta senarai kursus-kursus dalaman yang telah dihadiri dengan dilengkapi bukti kehadiran.
A special session will be held with the oil and gas representatives to coordinate a system for certifying CPD points from in-house training activities.
For a start, members are required to submit Appendix C along with the list of the in-house trainings and proof of attendance.
Notis Pendaftaran Firma Perunding Geologi Tahun 2020
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui surat bertarikh 23 Januari 2020 telah meluluskan permohonan untuk mewujudkan kod bidang geologi di bawah perkhidmatan perunding fizikal, bidang bukan kejuruteraan dalam perolehan kerajaan iaitu Kod 330211 – Geologi. MOF telah mensyaratkan bahawa firma dan individu tempatan/asing yang ingin berdaftar dengan MOF dalam bidang perkhidmatan perunding fizikal di bawah kod Geologi hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan BoG.
Sehubungan dengan itu, BoG akan mula mendaftar firma perunding geologi bermula pada 22 Jun 2020. BoG telah menyediakan Garis Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan untuk rujukan firma perunding geologi yang ingin berdaftar dengan BoG.