Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development (CPD)) ditakrifkan sebagai mengekal, menambahbaik dan memperluas  pengetahuan dan kemahiran secara sistematik serta membangunan kualiti  peribadi untuk melaksanakan tugas profesional dan teknikal sepanjang hayat  kerja ahli yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi Malaysia. CPD adalah komitmen holistik profesional ke arah peningkatan kemahiran peribadi dan  kecekapan sepanjang kerjaya mereka.

Objektif CPD untuk ahli berdaftar adalah supaya mereka mengekalkan pengetahuan teknikal dan kemahiran iaitu kompetensi untuk melakukan pekerjaan. Pada masa yang sama semua ahli perlu mengikuti perkembangan geosains terkini dalam bidang mereka dan perubahan dalam kod dan peraturan. Adalah sangat penting bagi semua ahli berdaftar komited dalam CPD supaya mereka dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa dan memanfaatkan peluang yang mendatang.

Langkah-langkah bagi menguatkuasakan keperluan CPD telah dimulai pada tahun 2020 dan akan dilaksanakan sepenuhnya bagi pembaharuan pendaftaran ahli geologi tahun 2023. Namun begitu sebagai permulaan, bagi tujuan pendaftaran tahun 2023, ahli akan diberi kelonggaran dengan menggabungkan kesemua mata CPD bagi tiga (3) tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2020 ke 2022.

Bagi aktiviti yang tidak disenaraikan sebagai mempunyai mata CPD, ahli boleh mengemukakan permohonan kepada Lembaga bagi dipertimbangkan mata CPD yang sesuai bagi aktiviti yang telah dijalani bersama bukti kehadiran.

Sila muat turun borang dan maklumat berkaitan:

  • Garispanduan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
  • Penjelasan aktiviti (Lampiran A)
  • Borang Permohonan Untuk Pembekal CPD (Lampiran B)
  • Borang Penyerahan CPD untuk Ahli Geologi Berdaftar (Lampiran C)

Muat turun:

2023 New Edition Annex C.xlsx
Popular 61.66 KB
22/03/2023 10:43:51
Borang Lampiran C Versi 2-2023 Pindaan.xlsx
Popular 61.33 KB
22/03/2023 10:45:16
gp-27012023.zip
Popular 1.22 MB
27/01/2023 17:36:31
LAMPIRAN B_Borang Permohonan Pembekal CPD.docx
Popular 61.22 KB
24/03/2023 11:37:02