dr saimDr. Saim bin Suratman yang telah dilantik menganggotai Lembaga Ahli Geologi Malaysia bermula pada 01 Disember 2014. Beliau merupakan ahli geologi profesional berdaftar mewakili perkhidmatan awam. Keanggotaan beliau dalam Lembaga Ahli Geologi telah dikosongkan setelah beliau bersara daripada Perkhidmatan Awam. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Haidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Seluruh anggota Lembaga Ahli Geologi Malaysia mengucapkan selamat bersara dan amat menhargai jasa dan sumbangan beliau khususnya semasa bertugas di Lembaga Ahli Geologi Malaysia. Namun demikian, pelantikan beliau menganggotai Jawatankuasa Perundangan, Etika dan Disiplin masih berkuatkuasa.